Thursday, February 7, 2013

KASIH ANAK... KASIH IBU

Salam

Apa perasaan kalau ternampak anak burung yang belum boleh terbang terperangkap dalam longkang?  

Kesian, nak tolong atau biarkan?

Antara mengejar masa untuk ke pejabat, si polan ini pulak jatuh dari sarangnya yang jauh melangit atas pokok rambutan.  Basah dan sangat 'helpless' nampaknya.

Naluri ibu....

 marilah kita tolong dia ni.


Masa saya angkat dia ke atas, sekumpulan burung menciak bising dan berlegar di atas kepala saya.  

Ada yang bawa 'dragonfly' dan cacing.  Masa untuk 'feed' anak-anaknya kot.  


Ibunya mesti bimbang tengok saya angkat anaknya.  Saya dongak ke atas, si burung yang ada 'dragonfly' kat muncungnya bertenggek atas pokok bilimbing buluh perhati dari jauh.

Cuba kita letak diri kita di tempat ibu anak burung ni.  Nampak anak didekati tapi tak berdaya menolong.

Amalkan doa ini supaya anak kita dilindungi..


"Aku berlindung kepada Allah untukmu dengan kalimah Allah yang sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat

"It belongs to the nature, bu.  Let's nature heal it", kata Muaz.  Dia tak sekolah agama pagi ni, tak berapa nak sihat badannya malam tadi. 

Tapi burung ni dari pengamatan saya tak cedera pun.  Cuma bulunya basah dan belum pandai terbang.


Kesiannya, samada dia menyorok dari saya yang dikatakan 'pemangsa' ataupun dia terasa seperti dalam pelukan ibunya (kalau burung dalam himpitan perut la kot).

Bagaimana pun, sampai di pejabat, saya telefon kakak supaya angkat burung ni ke tempat selamat.  Manalah tau sang kucing liar yang berkeliaran cari makan kat luar 'ngap' burung ni.  Lagi kecewa saya nanti.

Alhamdulillah! Selamat kau burung.

Teringat kata-kata Rasulullah saw "Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan keatas setiap sesuatu".

Ustazah kata, kita perlu menguruskan hati untuk jadi lebih ikhlas dan jadikan ianya amalan.

Mendidik anak juga perlu dengan penuh ikhlasan, bersungguh, penuh kasih dan ihsan kerana ianya memberi kesan psikologi kepada anak-anak.

Apapun kaedahnya, saya rasa sangat tersentuh terjumpa sehelai kertas yang dilipat dua dan di luarnya ditulis "MY DIARY".

Didalamnya tersisip satu nota "A NOTE TO IBU"



Allah! Allah!.. kata-kata Muaz betul-betul "touch" hati saya.  Tambahan akhir-akhir ini saya selalu je hilang sabar.


Terselit di celah-celah buku sekolah agama.  Kasih dan sayang ibu pun tak kan putus sehingga di panggil Ilahi, anakku.

Macamanapun, tak boleh tidak, nak juga tayang bunga-bunga orkid kat laman mak..

Pencinta orkid mesti suka tengok ni.





Takat ni dulu!

Sayang semua!

Jumpa lagi!

Tata!

Selingan

Marilah kita sama-sama merenung apakah yang kita akan lakukan dengan dua rezeki yang masih Allah swt kurniakan kepada kita.

Akal dan kesihatan.

Fikir-fikirkan.

5 comments:

  1. Iye la Zana, akhir2 ni kakzana selalu naik angin dgn anak bujang tu. Asyik menjawab je kalau kita marah. Sampaikan pernah akak kata, nak balik semenanjung, merajuk la konon. Anak2 ni menuntut kesabaran yg tak terhingga dari kita.

    Orkid tu buat akak teringat mak kat semenanjung...uwaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana, saya tengah belajar manage anger, terapi jiwa kata dr muhaya, jadi lebih sabar dengan anak ni.

      Orkid mak tu...tu pun tuntut banyak sabar gak. Hehe.

      Delete
  2. Kasih sayang yang tiada batasnya. Tak bertepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madam Azie, buat apapun, anak mesti kita dulukan...

      Delete
    2. Madam Azie, buat apapun, anak mesti kita dulukan...

      Delete