Sunday, February 3, 2013

RONDA-RONDA ILMU DAN DONUT - RESEPI

Salam Ahad

Entry saya tulis di hadapan famili yang tengah rancak berborak di beranda mak.  

Susah idea nak datang sebab telinga syok dengar macam-macam cerita.  Pasal biawak la, pasal anjing la, pasal drama Aisya Sofea la, kalau dah cerita pasal drama terbaru Sehangat Asmara, dah sambung cerita pasal Adi Putra pulak.

Sedikit gambar sekitar Pesta Buku yang kami pergi semalam.  Seronok sebab tak ramai sangat orang.


Banyak juga buku dan komik Muaz beli semalam.


 Lakaran Karikutur oleh pelukis Balai Senilukis Negara

 Familiar sangat wajah pelukis ni.  Siapa ye?  

 Lakaran muka Muaz.  Senang je nampak, cuba kita buat jadi gambar rumah gak ah

Dah jadi, tak sampai 15 minit.  Ni kalau Sir Vijay tengok mesti mengalir air liur.  Muaz dapat pangkat MASTER tu...

 Lama ngidam buku ni. Jom kita semarak cinta dan sayang kepada Rasulullah

Banyak betul booth yang kami round sampai lepak Muaz dalam komuter.  Kecapekkan!

Pagi Ahad, K Mix mula beroperasi.  Bismillahirohmanirrohim.. rasmi dah K Mix


Lama dah tak buat donat.  K Mix dirasmikan dengan donut resepi Chef Noraini.  Nak ke resepinya.  Browse bawah ye..



Sedekah mendekatkan kita pada Allah swt.  Sedekah juga merendahkan lagi hati kita dari keegoan.  Sedekah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.

Donut dan pisang untuk sahabat-sahabat Muaz training.  Walaupun tak sempat siap jam 10:00 pagi, saya hantar jam 12:00 tengahari sebelum training habis.


Resepi Donut
Sumber : Chef Noraini Zakaria

Bahan-Bahan

500g tepung roti / tepung gandum pun boleh
70g gula kaster
5g garam
30g susu tepung
11gm yis segera
3g serbuk penaik
5g pemantap roti (tak de pun ta pe)
1 biji telur
50g marjerin
250ml air

Cara Mengadun
1.  Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun (kecuali air)
Putar sebati dengan kelajuan sederhana
2.  Masuk air dan putar lagi hingga doh lembut dan kenyal.  Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit
3.  Gelek doh setebal 1/2 cm - 1cm, tekap guna acuan donat
4.  Susun dalam dulang dan rehatkan lagi selama 20-30 minit hingga donut kembang
5.  Goreng donat dalam minyak yang banyak dan api sederhana.  Tuskan minyak dan sejukkan.
6.  Gaulkan dengan gula kaster dan boleh dihidang

Okelah, sampai di sini dulu.  Doakan kita semua berjumpa lagi di lain pertemuan.

Wassalam

Selingan

Maafkan orang sekeliling kita kerana kemaafan menghindarkan kita dari dendam
Maafkan sahabat-sahabat kita kerana kemaafan memberikan kita ketenangan
Maafkan sahabat-sahabat kita kerana kemaafan menghapus keegoan

Marilah kita bermaafan sesama kita




8 comments:

  1. salam Zana..

    membalas kunjungan awak ke rumah akak...tenkiu sudi singgah dan tinggalkan komen...

    pssst sebenarnya saya la kakak...wakakak

    ReplyDelete
  2. Psstttt... tak kisah lah sape kakak, yang penting ukhuwah terjalin. Terimakasih datang rumah saya yang sunyi ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Zana. Kak Azie masuk membalas kunjungan. Takda ruang follow yer?

    Wahhh Kak Azie tak pernah buat donat, memang tak reti la. Tengok donat tu sangat menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azie.. rasa sama umo kot. Blog saya baru kena hack.. tengah construct lagi ni... habis link semua saya buang.

      Terimakasih datang berkunjung.

      Delete
  4. salam kenal, sedapnya donut tu..biografi Agung Rasullah tu saya ada beli juga, seronok baca buku tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah. Donut tu sangat lembut. Boleh try. Beli untuk my son sebenarnya. Memang bes.

      Delete
  5. Replies
    1. Yeay! akhirnya kakcik datang jenguk saya. Terimakasih Kakcik... winduuuuuuu sangat...

      Delete